News & Events

Majlis Berbuka Puasa

23 July 2012

“Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Semerak & Pelajar-Pelajar Tahfiz Cherang Ruku Pada 23 Julai 2012 Anjuran Tok Aman Bali Beach Resort Bersama Yang Berhormat Wan Hassan Wan Ibrahim (ADUN Semerak)”

Info: Tok Aman Bali Beach Resort bersyukor dapat meraikan majlis berbuka puasa kepada seramai 180 orang tetamu termasuk kanak-kanak istimewa dari PDK Semerak yang datang bersama ibubapa mereka, pelajar-pelajar tahfiz serta tetamu jemputan.  Pihak Resort juga telah menyumbangkan duit raya pada kanak-kanak dan pelajar-pelajar tahfiz tersebut.  Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Yang Berhormat Wan Hassan yang telah sudi meluangkan masa beliau bersama kami dan juga telah menyumbangkan duit raya kepada kanak-kanak istimewa tersebut.

Sekali lagi kami mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.”